Sunday, December 8, 2013

Pesanan mama

Pesanan mama



Bila berbicara mengenai kehidupan ia sangat luas
Sangat umum
Apa yang aku dapat dari mama dulu, aku tidak mengerti
Terlalu daif dan naif untuk mengenali maksud kata mama

Sekarang, aku makin dewasa dan makin dewasa untuk mula belajar
Apakah sebenarnya kehidupan?

"Kehidupan usah terlalu bergantung pada orang lain, kerana antara kita sama.
Manusia yang sama. Hamba Allah yang sangat kerdil di muka bumi ini.
Selagi kita boleh dan mampu, berdikarilah.
Yang membantu hanya yang maha Esa iaitu Allah S.W.T.
Sandarkan segala harapan, bantuan, dan pertolongan hanya pada DIA.
InsyaAllah"

Bila aku rasa takot, aku tauw aku ada DIA.
Aku rasa sedih, aku ngadu pada DIA.
Aku rasa lemah, aku mohon pada DIA minta diberi kekuatan.
Aku rasa marah, aku minta jiwa aku jadi tenang, setenangnya.
Semua, hanya pada DIA.

Sunday, March 31, 2013

Tuhan, aku ingin berhenti sampai disini

Tuhan, aku ingin berhenti sampai disini


Dulu, dari mula lagi kenapa hati aku rasa kasih utk dia?
Tuhan
Dari mula lagi, kenapa ada rasa sayang buat dia?
Tuhan,
Aku derita

Tuhan
Apa hikmahnya disebalik semua ini?
Tuhan
Aku xmahu dia, aku xinginkan dia
Tuhan
Kalau dari dulu lagi, kalau boleh ubah sejak mula lagi
Aku xmahu kasih & sayang ini utk dia

Tuhan
Aku rasa lemah
Aku rasa hina
Aku rasa kosong

Ouh Tuhan tolong aku keluar dari seksaan ini
Ouh Tuhan tolong aku hentikan rasa sakit ini

Tuhan
Aku xmahu dia, aku xinginkan dia
Tolong aku lupakan segalanya tentang dia, tentang semua yang ada pada dia

Tuhan
Ampuni aku atas segalanya
Tuhan
Dulu aku mohonkan dia kerna rasa kasih & sayang itu
Kini aku xmahu atau xingini dia kerna semakin kuat rasa kasih & sayang itu
Tetapi aku tidak mampu ikuti jalan yang ada ini

Tuhan
Aku tersiksa
Aku derita
Aku merana

Tuhan....tolong aku, bantu aku
Tuhan tolong aku buang rase semua ini
Tuhan...tolong aku, bantu aku

Wednesday, November 23, 2011

berapa lama lagi masa yang aku ada?

BERAPA LAMA LAGI MASA YANG AKU ADA?

Masa berlalu...
Aku tidak pasti berapa lama lagi masa yang aku ada lagi
Aku jadi takot
Cukupkah bekalan utk aku bawa bersama?

Hati tiba-tiba jadi sedeh
Lantas aku coretkan...

" andai aku tiada lg didunia ini,usahla kau tangisi apatah lg utk kau sesali bilamana aku tidak dpt lg menemani kau disisi...kerna adanye aku tiap waktu tidak pernah jua kau sedari,dibiar sendiri...ujudnya aku tidak lgsg kau rasai.cume hrp aku jgn kau terus bekukan jiwamu, jgn kau dinginkan hatimu utk sekelumit cuma rasa centa & rasa kasehmu utk aku yg telah pergi tidak kembali lg..."

Jangan kau "hilang" sayang

JANGAN KAU HILANG SAYANG
23.11.11


Sayang,
Jangan kau kata kau tiada dalam diri kau
Nanti kau hilang dalam diri kau sendiri
Kau bisa menjadi kalut
Yang aku risaukan kau tidak mampu utk menghindari

Sayang,
Cume SATU...
Janganlah kau hilang dalam mengingati Allah SWT
Kerna yang aku risaukan...
Bila gelap pandangan perjalanan hidup kau nanti
Kau mungkin hilang dalam terang
Terkapai-kapai sendirian...

Friday, June 17, 2011

mendongak seberkas sinar

MENDONGAK SEBERKAS SINAR

Lambaikan pada kelam semalam
Aku capai cerah hari ini
Aku waspada temui jalan
Walau dulu aku jatuh dalam pesona
Aku upaya bangun hala ke terang
Aku siakan seminit dulu
Sejam aku menutup rugi
Ingin aku melaung pasti
Tetapi siapalah aku untuk laung pada kalian yang benar?

nisshuQin
oktober 2002

bayangan dulu jelmaan kini

BAYANGAN DULU JELMAAN KINI

Dulu...
Seraut wajah sungguh bernilai
Sekilas senyuman umpama cahaya
Menyuluh si perindu sepi
Bicara tanpa bahasa tersulam tawa mesra
Gurauan bias mencantum kemesraan

Kini...
Bayangan menjadi idaman
Menggenggam hati melontar rindu
Melaung kasih pada yang sudah pergi
Jauh meniti alam baru
Hanya kenangan menjadi teman
Berlagu gundah menyeri hati
Apalah daya meneguk simpati
Mencari seberkas kasih yang mencampak sekeping hati