Tuesday, December 21, 2010

rasa hati

RASA HATI

Bukan aku meminta
Tidak dia, mereka memaksa
Oleh keadaan terpaksa
Aku turutkan rasa hati
Melalui titis mutiara aku melangkah terus
Demi tidak merobek sekeping hati
Menjaga sebuah naluri
Aku ungkapkan isi hati yang berwajah gelora
Mereka tidak mengerti
Aku juga tidak pasti
Hati ini terus terlongo
Mengharapkan suatu misteri
Mengisi sebuah persoalan hambar


sendiri

SENDIRI

Permulaan pasti wujud pengakhiran
Mungkin disini aku bermula
Juga mungkin disini aku berakhir
Tetapi titik pertengahan sangat derita
Menjadi permulaan segala cerita
Adakah akan tamat disini
Sedangkan aku masih belum mencari realiti
Aku jua masih belum puas mengenal dunia untuk jalan akhirat
Aku terkapai-kapai sendirian
Menempuhi jalan cerita yg entah bertahan sampai bila
Siapa aku untuk mengadu
Kepada siapa harus aku luah  kasih
Semua itu seakan tidak layak untuk aku
Dimana sebenarnya aku?
Apa kedudukan aku di mata hati mereka
Kerana aku bukan sesiapa yang boleh menjadi seseorang
Dan izinkanlah aku berlalu sendiri
Kerana aku ditakdir mungkin berteman sepi

Kerana Dia

KERANA DIA


Tangisan ini sudah bermula
Jatuh satu persatu meniti ribaan hiba
Ia mengalir semakin parah
Menyekanya tidak guna
Kerana ia terlanjur menghiasi wajah
Lalu gugurnya semakin rancak
Dan aku semakin parah menelan rasa
Tetapi aku pasti ini semua hanya seketika
Kerana Dia sentiasa ada bersama

Sunday, November 7, 2010

deru angin berlagu

DERU ANGIN BERLAGU

Aku tetap memerhati
Setiap warna sang pelangi
Masih kekal satu persatu
Dan aku terus tertanya
Apakah angin yang menderu ini berlalu pergi akhirnya?

nshuQin UiTM shah alam 2000

Tuesday, October 19, 2010

sebuah impian keliru

SEBUAH IMPIAN KELIRU

mencari sesuatu dan terus berlalu
keliru dalam perjalanan luas itu
masih menghitung setiap detik berputar
bagaikan kematian punca
tidak mengerti apa yang patut dicapai
dan terus bergerak
perlahan digamit rasa
menyentuh sebuah liku impian

nukilan : nshuQin Uitm


tanpa waktu

TANPA WAKTU

Berdetik lagi arah jam itu
Beralih juga suatu perkara
Kaku seketika

Satu jam kemudian...
Kemungkinan apa yang muncul?
Tidak aku ketahui
KOSONG

Waktu ini terlalu kosong
Aku masih berdiri bisu
Diam mendengar

Minit semalam sudah berakhir
Aku sendiri tidak pernah sedar
Bilakah akan aku berlalu
Meninggalkan satu kesan lama
Demi mencari suatu saat yang bererti


nukilan : nshuQin 2002


Monday, October 18, 2010

someone not anybody

SOMEONE not ANYBODY

Somebody has come
And someone took him away
But i`m happy

WHY?

Somebody has gone
But i felt nothing
Coz i knew he had beautiful days

WHY?

Somebody left me
And i should realized
He`s not mine and nobody
Coz he always in my mind
And always be someone i care

WHY?

He and me...
NEVER TOGETHER!
But he and me...always together
I think it`s okay if he`s not happy
Coz my happiness always for him

WHY?

I just let him to know
I love somebody deep inside
And LOVE can change everything
It doesn`t matter somebody had someone
I really dont mind he`s not mine
Coz i`m not anybody...
Anybody for someone

nukilan nshuQin 2002

suka & luka

SUKA & LUKA

Melihat wajah suka
Ada seseorang yang berhati luka
Ingin rasanya merenung mesra ke arah pantai damai
Meneroka seribu pengertian ikhlas

Tidak mahu aku terus tenggelam
Bersama bayangan batu bisu
Aku masih berdenyut...punya nafas...ada upaya
Menyahut cabaran lautan angkuh di sana
Bertanding...mengejar sahutan angin esok

Apalah ertinya warna dunia tanpa biru langitnya
Kemana hilangnya pelukis mencorak gemilang
Pentadbir mahligai semesta ini
Aku yakin mendongak mengambil erti kilauan sinaran awan

Sedarkan wajah suka menjadi luka seketika
Nanti mereka alami keperitan gurisan hujung sembilu ini
Angin menderu bukan berlagu hiburan
Irama sang bayu melintas sayu untuk menyedarkan
Mengertilah kalian

nshuQin (KARYA KORANG-petikan majalah Aku dan Sesuatu)

Thursday, September 2, 2010

ingin sekali


i n g i n.s e k a l i

Aku ingin mencuri hatimu yang membeku
Aku ingin meleraikan segala kunci yang bersarang
Aku ingin membuka matamu keranaku
Aku ingin mencipta sayang dari jiwamu

Ingin aku bersuara berani...menyayangimu
Ingin aku luahkan hasrat yang terpendam
Ingin aku melafazkan kasih untukmu
Ingin aku mengucap sayu kerinduan padamu

Aku ingin sekali merobohkan tembok yang terbatas
Aku ingin sekali merasmikan suatu hubungan
Aku ingin sekali menyayangimu dan merinduimu
Aku ingin sekali dikasihi dirimu

Namun sayang sekali dirimu sudah dipunyai
Namun sayang sekali dirimu disayangi sidia
Namun sayang sekali dirimu telah mengecapi bahagia
Namun sayang sekali dirimu juga yang tetap aku harapkan

(nukilan NshuQin-Nov2002)

m a a f.z a h i r & b a t i n

MAAF ZAHIR & BATIN

suatu masa dolu, puisi ini khas buat akak ku...Junz.
dan memandangkan hari raya bakal menjelang, sekali lagi aku imbas kembali puisi ini....


Kakak ku,
Segenap usia kita merentas masa,
Bersama menempuh kepahitan dan kemanisan aliran masa,
Kita terpaksa berpisah dalam kesibukan waktu,
Demi meniti sederap langkah mencapai tinggi di puncak sana,
Yang menjanjikan segulung impian,
Namun kau tetap terpahat di ingatan

Kakak ku,
Kini ramadhan menjelang lagi,
Menyemarakkan ikatan persaudaraan,
Kita berkumpul mengorak seinci senyuman,
Bebas gembira meraikan syawal yang kian tiba,

Kakak ku,
Ingin aku bersamamu,
Menghiasi persiapan menyahut laungan  takbir syahdu,
Agar dapat kita menikmati meriahnya syawal ini,
Ku hulurkan salam kemaafan untukmu,
Atas kesilapan lalu yang menghiris hati meluka jiwa, mengasari minda,
Dan terima kasih kerana sudi bergelar seorang KAKAK buat aku,

Kakak ku,
Perlu kau tahu dirimu amat istimewa buat aku,
Moga ketibaan syawal ini dapat mengeratkan silaraturrahim,
Di kesempatan ini juga adikmu ingin melahirkan ucapan,
Selamat hari raya aidilfitri,
Maaf zahir dan batin.

(nukilan asal : NshuQin111102)

                      ~NshuQin~

Wednesday, September 1, 2010

k e m a s k i n i. entri

KEMASKINI. ENTRI

Buat masa ne aku akan kemaskini sume koleksi penulisan aku yang seingat aku dari tahun 2001 sehingga sekarang...

Jadi ia akan mengambil masa sket....Aku pung jadi xsabar...

                   ~deashuQin~

bicara pengenalan

BICARA PENGENALAN


Pelbagai pendapat akan diberikan mengenai penulisan puisi atau sajak. Semakin ramai menceburkan diri utk menulis puisi maka semakin ramailah juga pendapat mengenainya.

Tentunya tidak keterlaluan jika dikatakan seseorang yg menulis puisi itu mempunyai keinginan puisinya disiarkan. Rentetan dari itu, puisi dikirimkan utk tujuan siaran. Kemudian, tunggulah..entah bila..entah tidak akan disiarkan. Mungkin juga puisi yg dikirimkan itu kurang sesuai menepati kehendak penerbitan.

Aku juga tidak ketinggalan menjadi golongan "seseorang" itu. Ada yang memberi pendapat, bahawa aku hanya mahu dikenali, mengejar glamour...glamour kah? Bukankah masyarakat di negara kita ini kurang memberi perhatian terhadap kesusasteraan,kesenian? Jadi glamour kah aku kiranya aku menulis, berpuisi dan ingin menguji kemampuan penulisan sendiri samada diterima umum atau tidak.

Alhamdulillah, sokongan bekas lecturer aku, Encik Solihin Osman yang tidak henti2 memberi sokongan dan  bimbingan utk aku terus menulis. Pesannya lagi, " pilihlah salah satu yang kamu mahir...samada dalam penulisan novel, sajak, puisi dan sebaliknya. Kamu perlu fokus. Seandainya kesemuanya kamu ingin lakukan, bimbang jika tidak ketemu arah sebenar kamu dalam penulisan."

Namun aku tidak bersetuju dengan pendapat beliau, bukan menentang, bukan keras kepala kerna bagi aku selagi minat menebal dalam jiwa kita pada penulisan, karya seni...kita pasti boleh lakukan. Aku ingin jadi serba boleh. agagaggaga...tgi cita2 murni aku tu....

Dan Alhamdulillah juga, percubaan aku menghantar penulisan ke rangkaian surat khabar, majalah menjadi, maksud aku diterima utk disiarkan...dan AKU TERUJA....Namun, ilhamku untuk menulis terhenti seketika atas kesibukan dan kesuntukan masa. Tapi tidak pernah padam minat aku terhadap penulisan....
Aku pasti dan pasti akan terus menulis dan menulis....

Kini, aku mempunyai peluang sekali lagi untuk berkongsi bersama teman2, saudara mara dalam memperkenalkan penulisan aku. Melalui blog "Pentas Hati" ini aku isikan smua koleksi penulisan puitis samada yang pernah tersiar atau tidak. Juga aku buat pertama kalinya akan memasukkan manuskrip novel yang masih dalam pembikinan untuk bacaan teman2 semua...lebih2 lagi kepada yang berminat, kalu xminat pung mana tau bule jadi minat...yea x? heeee.....

Dan di akhir bicara pengenalan ini, aku hulurkan "salam pentas hati" untuk semua.....

        ~deashuQin~