Friday, June 17, 2011

mendongak seberkas sinar

MENDONGAK SEBERKAS SINAR

Lambaikan pada kelam semalam
Aku capai cerah hari ini
Aku waspada temui jalan
Walau dulu aku jatuh dalam pesona
Aku upaya bangun hala ke terang
Aku siakan seminit dulu
Sejam aku menutup rugi
Ingin aku melaung pasti
Tetapi siapalah aku untuk laung pada kalian yang benar?

nisshuQin
oktober 2002

bayangan dulu jelmaan kini

BAYANGAN DULU JELMAAN KINI

Dulu...
Seraut wajah sungguh bernilai
Sekilas senyuman umpama cahaya
Menyuluh si perindu sepi
Bicara tanpa bahasa tersulam tawa mesra
Gurauan bias mencantum kemesraan

Kini...
Bayangan menjadi idaman
Menggenggam hati melontar rindu
Melaung kasih pada yang sudah pergi
Jauh meniti alam baru
Hanya kenangan menjadi teman
Berlagu gundah menyeri hati
Apalah daya meneguk simpati
Mencari seberkas kasih yang mencampak sekeping hati



aku bukan dia

 AKU BUKAN DIA

Aku bukan dia
Dia memang bukan aku
Kekeliruan dalam identiti wajah
Antara dusta dan realiti
Ternyata wujud hakiki yang tidak dapat kita lari

Aku berlari megah
Tapi dia berjalan juara
Aku umpama dia
Mencari makna diri
Kejamlah mereka yang membanding

Aku tidak lagi terkapar jauh
Kerana aku hina berada dibawah
Aku yakin dia menjadi kemegahan
Tapi takkanlah selamanya aku terus duduk bersembunyi

Aku mampu senyum melihat dia
Dia tertawa menoleh
Cuma aku kurang pasti apa isi tawa dia
Aku pejam mata membawa diri
Kerana pasti aku bukan dia