Tuesday, December 21, 2010

rasa hati

RASA HATI

Bukan aku meminta
Tidak dia, mereka memaksa
Oleh keadaan terpaksa
Aku turutkan rasa hati
Melalui titis mutiara aku melangkah terus
Demi tidak merobek sekeping hati
Menjaga sebuah naluri
Aku ungkapkan isi hati yang berwajah gelora
Mereka tidak mengerti
Aku juga tidak pasti
Hati ini terus terlongo
Mengharapkan suatu misteri
Mengisi sebuah persoalan hambar


sendiri

SENDIRI

Permulaan pasti wujud pengakhiran
Mungkin disini aku bermula
Juga mungkin disini aku berakhir
Tetapi titik pertengahan sangat derita
Menjadi permulaan segala cerita
Adakah akan tamat disini
Sedangkan aku masih belum mencari realiti
Aku jua masih belum puas mengenal dunia untuk jalan akhirat
Aku terkapai-kapai sendirian
Menempuhi jalan cerita yg entah bertahan sampai bila
Siapa aku untuk mengadu
Kepada siapa harus aku luah  kasih
Semua itu seakan tidak layak untuk aku
Dimana sebenarnya aku?
Apa kedudukan aku di mata hati mereka
Kerana aku bukan sesiapa yang boleh menjadi seseorang
Dan izinkanlah aku berlalu sendiri
Kerana aku ditakdir mungkin berteman sepi

Kerana Dia

KERANA DIA


Tangisan ini sudah bermula
Jatuh satu persatu meniti ribaan hiba
Ia mengalir semakin parah
Menyekanya tidak guna
Kerana ia terlanjur menghiasi wajah
Lalu gugurnya semakin rancak
Dan aku semakin parah menelan rasa
Tetapi aku pasti ini semua hanya seketika
Kerana Dia sentiasa ada bersama