Wednesday, November 23, 2011

berapa lama lagi masa yang aku ada?

BERAPA LAMA LAGI MASA YANG AKU ADA?

Masa berlalu...
Aku tidak pasti berapa lama lagi masa yang aku ada lagi
Aku jadi takot
Cukupkah bekalan utk aku bawa bersama?

Hati tiba-tiba jadi sedeh
Lantas aku coretkan...

" andai aku tiada lg didunia ini,usahla kau tangisi apatah lg utk kau sesali bilamana aku tidak dpt lg menemani kau disisi...kerna adanye aku tiap waktu tidak pernah jua kau sedari,dibiar sendiri...ujudnya aku tidak lgsg kau rasai.cume hrp aku jgn kau terus bekukan jiwamu, jgn kau dinginkan hatimu utk sekelumit cuma rasa centa & rasa kasehmu utk aku yg telah pergi tidak kembali lg..."

Jangan kau "hilang" sayang

JANGAN KAU HILANG SAYANG
23.11.11


Sayang,
Jangan kau kata kau tiada dalam diri kau
Nanti kau hilang dalam diri kau sendiri
Kau bisa menjadi kalut
Yang aku risaukan kau tidak mampu utk menghindari

Sayang,
Cume SATU...
Janganlah kau hilang dalam mengingati Allah SWT
Kerna yang aku risaukan...
Bila gelap pandangan perjalanan hidup kau nanti
Kau mungkin hilang dalam terang
Terkapai-kapai sendirian...

Friday, June 17, 2011

mendongak seberkas sinar

MENDONGAK SEBERKAS SINAR

Lambaikan pada kelam semalam
Aku capai cerah hari ini
Aku waspada temui jalan
Walau dulu aku jatuh dalam pesona
Aku upaya bangun hala ke terang
Aku siakan seminit dulu
Sejam aku menutup rugi
Ingin aku melaung pasti
Tetapi siapalah aku untuk laung pada kalian yang benar?

nisshuQin
oktober 2002

bayangan dulu jelmaan kini

BAYANGAN DULU JELMAAN KINI

Dulu...
Seraut wajah sungguh bernilai
Sekilas senyuman umpama cahaya
Menyuluh si perindu sepi
Bicara tanpa bahasa tersulam tawa mesra
Gurauan bias mencantum kemesraan

Kini...
Bayangan menjadi idaman
Menggenggam hati melontar rindu
Melaung kasih pada yang sudah pergi
Jauh meniti alam baru
Hanya kenangan menjadi teman
Berlagu gundah menyeri hati
Apalah daya meneguk simpati
Mencari seberkas kasih yang mencampak sekeping hati



aku bukan dia

 AKU BUKAN DIA

Aku bukan dia
Dia memang bukan aku
Kekeliruan dalam identiti wajah
Antara dusta dan realiti
Ternyata wujud hakiki yang tidak dapat kita lari

Aku berlari megah
Tapi dia berjalan juara
Aku umpama dia
Mencari makna diri
Kejamlah mereka yang membanding

Aku tidak lagi terkapar jauh
Kerana aku hina berada dibawah
Aku yakin dia menjadi kemegahan
Tapi takkanlah selamanya aku terus duduk bersembunyi

Aku mampu senyum melihat dia
Dia tertawa menoleh
Cuma aku kurang pasti apa isi tawa dia
Aku pejam mata membawa diri
Kerana pasti aku bukan dia



Thursday, January 6, 2011

bila bintang berbicara

BILA BINTANG BERBICARA

Dalam kerlipan bintang
Ada satu bintang menyoal
Pada sebuah kesudahan cerita
Ada apa dengan ungkapan sayang?

Dalam mencari jawapan resah
Bintang terus bersinar megah
Namun terhenti pada suatu detik
Mengapa ada ungkapan perpisahan?

Dalam kesengsaraan rindu
Bintang-bintang terus menyanyi berlagu gundah
Memikirkan seribu kekeliruan
Kenapa perlu wujud kesedihan?

Dalam menepis rasa sayu
Kelihatan bintang terus mencari arah
Tujuan hanya pada sebuah kepastian
Untuk apa adanya CINTA?

Dalam mengenal erti emosi
Bintang-bintang hampir menyingkir kasih
Ada sinar melangkah kembali pada seukir nama
Dan terus menyoal
Apa yang menanti di akhirnya?
Adakah RINDU, SAYANG, KESEDIHAN atau KEPERITAN...


bukan pinta aku

BUKAN PINTA AKU

Bukan pinta aku duduk hiba
Semua berlaku untuk tujuan cerita
Aku bangun mencari dialog mesra
Berbicara dalam gelita malam

Aku alpa...aku kecewa
Menangis bermimpi silam
Memejam mata tidur dalam sedar
Igauan tetap tidak berlalu
Menanti harapan dalam keindahan perit

Sendiri mencari hala hidup
Pergi dengan hati yang sarat dengan penantian
Siksa terabai kerana si bintang
Tidak muncul berwajah ria
Aku hampa meratap kekesalan

Tertanya sendiri dalam mimpi
Adakah ruang kecil untuk aku menjadi penghuni
Membina sebuah mahligai indah
Menerangi seluruh hati celaru
Atau sememangnya semua telah terbenam mentari

Nukilan ;
nshuQin