Sunday, December 8, 2013

Pesanan mama

Pesanan mama



Bila berbicara mengenai kehidupan ia sangat luas
Sangat umum
Apa yang aku dapat dari mama dulu, aku tidak mengerti
Terlalu daif dan naif untuk mengenali maksud kata mama

Sekarang, aku makin dewasa dan makin dewasa untuk mula belajar
Apakah sebenarnya kehidupan?

"Kehidupan usah terlalu bergantung pada orang lain, kerana antara kita sama.
Manusia yang sama. Hamba Allah yang sangat kerdil di muka bumi ini.
Selagi kita boleh dan mampu, berdikarilah.
Yang membantu hanya yang maha Esa iaitu Allah S.W.T.
Sandarkan segala harapan, bantuan, dan pertolongan hanya pada DIA.
InsyaAllah"

Bila aku rasa takot, aku tauw aku ada DIA.
Aku rasa sedih, aku ngadu pada DIA.
Aku rasa lemah, aku mohon pada DIA minta diberi kekuatan.
Aku rasa marah, aku minta jiwa aku jadi tenang, setenangnya.
Semua, hanya pada DIA.