Friday, June 17, 2011

aku bukan dia

 AKU BUKAN DIA

Aku bukan dia
Dia memang bukan aku
Kekeliruan dalam identiti wajah
Antara dusta dan realiti
Ternyata wujud hakiki yang tidak dapat kita lari

Aku berlari megah
Tapi dia berjalan juara
Aku umpama dia
Mencari makna diri
Kejamlah mereka yang membanding

Aku tidak lagi terkapar jauh
Kerana aku hina berada dibawah
Aku yakin dia menjadi kemegahan
Tapi takkanlah selamanya aku terus duduk bersembunyi

Aku mampu senyum melihat dia
Dia tertawa menoleh
Cuma aku kurang pasti apa isi tawa dia
Aku pejam mata membawa diri
Kerana pasti aku bukan dia



Thursday, January 6, 2011

bila bintang berbicara

BILA BINTANG BERBICARA

Dalam kerlipan bintang
Ada satu bintang menyoal
Pada sebuah kesudahan cerita
Ada apa dengan ungkapan sayang?

Dalam mencari jawapan resah
Bintang terus bersinar megah
Namun terhenti pada suatu detik
Mengapa ada ungkapan perpisahan?

Dalam kesengsaraan rindu
Bintang-bintang terus menyanyi berlagu gundah
Memikirkan seribu kekeliruan
Kenapa perlu wujud kesedihan?

Dalam menepis rasa sayu
Kelihatan bintang terus mencari arah
Tujuan hanya pada sebuah kepastian
Untuk apa adanya CINTA?

Dalam mengenal erti emosi
Bintang-bintang hampir menyingkir kasih
Ada sinar melangkah kembali pada seukir nama
Dan terus menyoal
Apa yang menanti di akhirnya?
Adakah RINDU, SAYANG, KESEDIHAN atau KEPERITAN...


bukan pinta aku

BUKAN PINTA AKU

Bukan pinta aku duduk hiba
Semua berlaku untuk tujuan cerita
Aku bangun mencari dialog mesra
Berbicara dalam gelita malam

Aku alpa...aku kecewa
Menangis bermimpi silam
Memejam mata tidur dalam sedar
Igauan tetap tidak berlalu
Menanti harapan dalam keindahan perit

Sendiri mencari hala hidup
Pergi dengan hati yang sarat dengan penantian
Siksa terabai kerana si bintang
Tidak muncul berwajah ria
Aku hampa meratap kekesalan

Tertanya sendiri dalam mimpi
Adakah ruang kecil untuk aku menjadi penghuni
Membina sebuah mahligai indah
Menerangi seluruh hati celaru
Atau sememangnya semua telah terbenam mentari

Nukilan ;
nshuQin


Tuesday, December 21, 2010

rasa hati

RASA HATI

Bukan aku meminta
Tidak dia, mereka memaksa
Oleh keadaan terpaksa
Aku turutkan rasa hati
Melalui titis mutiara aku melangkah terus
Demi tidak merobek sekeping hati
Menjaga sebuah naluri
Aku ungkapkan isi hati yang berwajah gelora
Mereka tidak mengerti
Aku juga tidak pasti
Hati ini terus terlongo
Mengharapkan suatu misteri
Mengisi sebuah persoalan hambar


sendiri

SENDIRI

Permulaan pasti wujud pengakhiran
Mungkin disini aku bermula
Juga mungkin disini aku berakhir
Tetapi titik pertengahan sangat derita
Menjadi permulaan segala cerita
Adakah akan tamat disini
Sedangkan aku masih belum mencari realiti
Aku jua masih belum puas mengenal dunia untuk jalan akhirat
Aku terkapai-kapai sendirian
Menempuhi jalan cerita yg entah bertahan sampai bila
Siapa aku untuk mengadu
Kepada siapa harus aku luah  kasih
Semua itu seakan tidak layak untuk aku
Dimana sebenarnya aku?
Apa kedudukan aku di mata hati mereka
Kerana aku bukan sesiapa yang boleh menjadi seseorang
Dan izinkanlah aku berlalu sendiri
Kerana aku ditakdir mungkin berteman sepi

Kerana Dia

KERANA DIA


Tangisan ini sudah bermula
Jatuh satu persatu meniti ribaan hiba
Ia mengalir semakin parah
Menyekanya tidak guna
Kerana ia terlanjur menghiasi wajah
Lalu gugurnya semakin rancak
Dan aku semakin parah menelan rasa
Tetapi aku pasti ini semua hanya seketika
Kerana Dia sentiasa ada bersama

Sunday, November 7, 2010

deru angin berlagu

DERU ANGIN BERLAGU

Aku tetap memerhati
Setiap warna sang pelangi
Masih kekal satu persatu
Dan aku terus tertanya
Apakah angin yang menderu ini berlalu pergi akhirnya?

nshuQin UiTM shah alam 2000